Thursday, August 12, 2010

Tiada Dalam Kamus

Pagi itu, selesai bersahur, handfon ak berbunyi menandakan ada msg masuk. Aku anggap mgkin msg penting di awal pagi lantas aku mencapai handfon tersebut. Rupa-rupanya sebaris ucapan yang jelas mengocak ketenangan hati aku di pagi hari. Ucapan dari seseorang yang menganggap aku sebagai kawan, membuatkan hati aku terasa sedikit terganggu dan tenang dalam masa yang sama. Aku bukan seorang yang baik, lantas aku lebih senang berfikir orang menganggap aku sebagai kenalan sahaja. (byk sgt ayat anggap dalam paragraph ni)


Membaca msg tersebut, membawa fikiranku kepada wish2 lain yang aku terima sebelum ini. Seperti:
Hello, kawan!
Happy birthday kawan! dan
Sorrylah, kawan!


Semua ucapan ini datangnya dari org yang berbeza namun semuanya mengganggap aku sbgai kawan mereka. Justeru itu aku mula berfikir, apakah itu kawan? Adakah ia sekadar 1 kata nama umum atau ia juga melibatkan perasaan? Perlukah perasaan kawan itu mutual? Hanya kerana seseorang mengganggap kita kawan, perlukah kite berperasaan yang sama?


Tidak senang dgn segala persoalan, aku segera mencari kamus dewan bahasa untuk mencari maksud kawan. Malangnya, entah kemana-mana kamus tu, aku tak jumpe. Lantas aku menggunakan merriam-webster:


friend:
1) noun
2) one attached to another by affection or esteem


baca dari pengertian di atas, jelas kawan membawa erti yang besar lantas membuat aku lebih bangga menjadi seorang kawan. Jika di tanya pada org ramai, pengertian kawan rata-rata akan menjawab:
1) to share our joy and sadness
2) to be there for us
3) nak jawapan quote dari facebuk: good friend will bail u out of jail, true friend will sit next to you and say "damn, we fucked up"


Ok. Jelaslah kat sini rata-rata orang memandang tinggi atas status kawan. Namun, lama-kelamaan aku merasakan pengertian kawan itu terlalu luas dan kadang-kadang tidak kena. Jom, kite consider beberapa kes:


1) andai kata kite ade sorg ex. Lepas dah clash mmg abes putus semua contact dah. Cakap x, wall-to-wall x, sms tanya kabar pun x. 1 hari member duduk 1 meja tgh tgk gambar kat album dan dia terlihat akan gambar si ex. Lantas dia pandang ke arah kita dan berkata
"eh, mamat ni. Kawan ko kan?"
Kite pun angguk dan kata haah. Jadi, betul ke ex tu seorg kawan? Kategori manakah ex tu? kawan mengikut merriam-webster? kawan yang kita share our joy? atau kawan yang sentiase ada untuk kita?


Rasanya semua kategori yang kite bincangkan tak cover untuk kes macam nie. Lainlah kite jawab, owh, dulu memang kawan lepas tu gaduh then, x ckp dah sampai skrg. Maksudnya kite dah ada status baru dalam hidup selain kawan.


Ok. Kite ambil kes kawan2 facebuk pulak. Contoh nye friends kat wall fb tu, sampai 4392 orang. Amboi, bukan main lagi. Jadi adakah 4392 orang tu semuanya kawan sepertimana yang kite bincangkan sebentar tadi? Tak jugak. Sebab ada antaranya kawan kpd kawan kite. Ade jugak yang fb suggest tuk kawan kite main add jugak. Ade jugak artis2 punya fb kite add jugak. Jadi tak semestinya dalam 4392 kawan tu, semuanya ialah kawan seperti mana yang kite bincangkan tadi.


Seterusnya, kite tgh lepak kedai mamak. Meja sebelah pun ada orang tengah minum teh. Lantas kite pun berborak-borak. Dari isu business ape2 sampailah ke politik. Abes teh, kite pun mintak diri dan kawan meja sebelah(yang baru kenal, x sempat tanya nama pun) kata:
"oklah biar I bayar teh skali" "mamak kira brapa sume" katanya sambil menunjukkan ke arah teh kite. Kite hanya mampu tersenyum dan berkata terima kasih.
Ni pun, tak termasuk dalam kategori kawan yang telah kite bincangkan. Lantas, apa status yang patut kite berikan kepadanya?


Jadi, kesimpulannya kat sini, masih sukar bagi aku menggambarkan pengertian kawan. Walau bagaimanapun,
hidup nie terlalu singkat untuk kita fikirkan tentang pengertian2 yang mengarut. Cume bagi mereka yang cuti summer dan xde kelas, bolehlah join aku berfikir seketika. ;)

No comments:

Post a Comment