Monday, August 23, 2010

Tahniah!

Ehem, setelah hampir setengah bulan kite berpuase, akhirnya ada juga kes mercun dilaporkan. Ok! Soalan: Siapa suka main mercun? anda? saya? dia? kite? Obviously, sume orang suke main bende2 mengarut nie. Aku dulu waktu kecik2 pun tak terlepas daripada main bunga api bersama sedara mara sampai tebakar kain baju kurung. :(

Jadi ape isunya di sini? Dah setengah bulan Ramadhan puasa berlalu, aku ingat orang ramai dah insaf dah dari main2 mercun ni, tapi aku silap. Beberapa hari lepas, seorang pelajar lelaki (nada berita terkini) dilaporkan hampir putus 2 jari (kelingking dan hantu) sbb main mercun bola. Hari nie pulak, seorang budak (lelaki jugak) selaput mata abes terbakar sebab terkena serpihan mercun. Cume 1 je yang mampu aku katakan kat sini:

TAHNIAH! lain kali main la lagi. taruk mercun kat perut. kalau meletup kat perut pun style jugak!

Kesian kat budak2 tu? Secubit macam cubit garam nak masak pun tak terlintas kat hati aku nak rasa kesian. Lagi nak gelak ade la. Tula, yang bijak pandai main mercun sape suruh? Sape yang salah?
Kerajaan? Tak jugak sbb kerajaan dah haramkan jual2 mercun nie.
Mak bapak? Pun tak jugak. Sbb mane ade mak bapak balik rumah: "anak! mak balik bawak mercun nie. Pergi main dgn kawan2 ye"
Kawan2? Kejadahnye pergi ikut kawan2 buat ape? Dia ade pakse suh main mercun ke?
Diri sendiri? Tulah jawapannya! Diri sendiri yang salah sbb g main mercun. Skrg dah putus abes jari jemari tak bolehlah nak salahkan org lain kan? Dia pikir jari tu putus, esok2 boleh tumbuh agaknye.

Thursday, August 12, 2010

Tiada Dalam Kamus

Pagi itu, selesai bersahur, handfon ak berbunyi menandakan ada msg masuk. Aku anggap mgkin msg penting di awal pagi lantas aku mencapai handfon tersebut. Rupa-rupanya sebaris ucapan yang jelas mengocak ketenangan hati aku di pagi hari. Ucapan dari seseorang yang menganggap aku sebagai kawan, membuatkan hati aku terasa sedikit terganggu dan tenang dalam masa yang sama. Aku bukan seorang yang baik, lantas aku lebih senang berfikir orang menganggap aku sebagai kenalan sahaja. (byk sgt ayat anggap dalam paragraph ni)


Membaca msg tersebut, membawa fikiranku kepada wish2 lain yang aku terima sebelum ini. Seperti:
Hello, kawan!
Happy birthday kawan! dan
Sorrylah, kawan!


Semua ucapan ini datangnya dari org yang berbeza namun semuanya mengganggap aku sbgai kawan mereka. Justeru itu aku mula berfikir, apakah itu kawan? Adakah ia sekadar 1 kata nama umum atau ia juga melibatkan perasaan? Perlukah perasaan kawan itu mutual? Hanya kerana seseorang mengganggap kita kawan, perlukah kite berperasaan yang sama?


Tidak senang dgn segala persoalan, aku segera mencari kamus dewan bahasa untuk mencari maksud kawan. Malangnya, entah kemana-mana kamus tu, aku tak jumpe. Lantas aku menggunakan merriam-webster:


friend:
1) noun
2) one attached to another by affection or esteem


baca dari pengertian di atas, jelas kawan membawa erti yang besar lantas membuat aku lebih bangga menjadi seorang kawan. Jika di tanya pada org ramai, pengertian kawan rata-rata akan menjawab:
1) to share our joy and sadness
2) to be there for us
3) nak jawapan quote dari facebuk: good friend will bail u out of jail, true friend will sit next to you and say "damn, we fucked up"


Ok. Jelaslah kat sini rata-rata orang memandang tinggi atas status kawan. Namun, lama-kelamaan aku merasakan pengertian kawan itu terlalu luas dan kadang-kadang tidak kena. Jom, kite consider beberapa kes:


1) andai kata kite ade sorg ex. Lepas dah clash mmg abes putus semua contact dah. Cakap x, wall-to-wall x, sms tanya kabar pun x. 1 hari member duduk 1 meja tgh tgk gambar kat album dan dia terlihat akan gambar si ex. Lantas dia pandang ke arah kita dan berkata
"eh, mamat ni. Kawan ko kan?"
Kite pun angguk dan kata haah. Jadi, betul ke ex tu seorg kawan? Kategori manakah ex tu? kawan mengikut merriam-webster? kawan yang kita share our joy? atau kawan yang sentiase ada untuk kita?


Rasanya semua kategori yang kite bincangkan tak cover untuk kes macam nie. Lainlah kite jawab, owh, dulu memang kawan lepas tu gaduh then, x ckp dah sampai skrg. Maksudnya kite dah ada status baru dalam hidup selain kawan.


Ok. Kite ambil kes kawan2 facebuk pulak. Contoh nye friends kat wall fb tu, sampai 4392 orang. Amboi, bukan main lagi. Jadi adakah 4392 orang tu semuanya kawan sepertimana yang kite bincangkan sebentar tadi? Tak jugak. Sebab ada antaranya kawan kpd kawan kite. Ade jugak yang fb suggest tuk kawan kite main add jugak. Ade jugak artis2 punya fb kite add jugak. Jadi tak semestinya dalam 4392 kawan tu, semuanya ialah kawan seperti mana yang kite bincangkan tadi.


Seterusnya, kite tgh lepak kedai mamak. Meja sebelah pun ada orang tengah minum teh. Lantas kite pun berborak-borak. Dari isu business ape2 sampailah ke politik. Abes teh, kite pun mintak diri dan kawan meja sebelah(yang baru kenal, x sempat tanya nama pun) kata:
"oklah biar I bayar teh skali" "mamak kira brapa sume" katanya sambil menunjukkan ke arah teh kite. Kite hanya mampu tersenyum dan berkata terima kasih.
Ni pun, tak termasuk dalam kategori kawan yang telah kite bincangkan. Lantas, apa status yang patut kite berikan kepadanya?


Jadi, kesimpulannya kat sini, masih sukar bagi aku menggambarkan pengertian kawan. Walau bagaimanapun,
hidup nie terlalu singkat untuk kita fikirkan tentang pengertian2 yang mengarut. Cume bagi mereka yang cuti summer dan xde kelas, bolehlah join aku berfikir seketika. ;)

Saturday, August 7, 2010

Baliklah Dayah!

Saat-saat diriku sedang buhsan (seperti biasa) aku pun menghabiskan masa dengan fb. (mcm biasa) tengah duk sebok2 usha page ke page ak pon ternampak member aku, bobby post 1 link berita kat page membe aku, dayah. Nah bacalah keratan akhbar nie:

http://www.bh.com.my/myMetro/articles/BapayakinDayahdisorok/Article/index_html

Dayah dalam cter berita tu bukanlah dayah member aku. tapi sbbkan bobby dah duk "pulanglah dayah!" aku pon joinlah membahan sama kat dalam fb tu. Lagi nak jadi mantap, dayah lak mmg jrg online, makin menjadi-jadi lah budak2 membahan sama. (Sorry, dayah, aku cuma bergurau) ;)

Ok. Point kat sini bukan pasal dayah mahupun bobby. Point nya kat sini lepas baca berita tu, ak mula teringat pasal kes-kes kahwin lari yang semakin menular dan berkembang dgn jayanya di negara kite. Aku tgk kahwin lari nie dah jadi mcm satu trend pulak, ala-ala trend tudung nurkasih ngn tdg nuramina lah kat jalan TAR tu.

Aku pun mulalah trigt, waktu aku kat US haritu, mak pon ade cter gak pasal budak2 kecik lagi, 15 tahun lah tambah tolak, sume g ikot laki indon (lombok lah terutamanya) tuk kawin. Jadi, tanpa membuang masa aku segera membuka google lantas mengoogle 'remaja kahwin lari'.

Seperti yang aku dah agaklah, mcm2 berita keluar. Dgn budak x abis skolah lah kawin lari, dgn seledupnyelah nak kawin dan sebagainya. Ade 1 kes tu, baru 15 tahun, dah mengandung dah pun sbb pegi kawin lari hari tu dgn laki lombok la jugak.

Ok, skrg nie bukan nak racist, tapi kenyataan, yang keje2 kawin lari nie sume melayu. (deym)
Alasan dalam berita sume sama, nie pompuan la nye alasan nie:
1. dia sayang saya
2.dia cinta sejati saya
3. dia banyak mengubah saya
4. dia sygkan saya sepenuh hati

Bagi aku nie sume jawapan standard la bagi budak2 yang baru nak kenal cinta. Remaja skrg terlalu ikutkan perasaan dan langsung tak pikirkan masa depan. Aku bukan nak kate ape, kalau nak ikutkan dulu (waktu aku remaja 15 tahun dulu) aku pon ade gak terlibat cinta2 monyet nie. tapi xdelah sampai nak kawin lari kan. Nak kata dulu tak hangat bercinta, aku rasa hangat la jugak. Sampai sanggup nangis2 2 3 hari semata2 ex-bf nak pindah sekolah. Kire hangatlah tu kan?
Tapi dulu aku xda lah sampai buta nak kawin lari. Setidak2nya dulu aku bercinta, tanam cita-cita SPM nak skor gile2 konon nnt boleh sambung blaja Uni luar negara dgn bf. Amboi! Abes motivate lah tu. Tapi remaja skrg aku x paham ape yang diorg fikirkan?

Ape pandangan korg?

Bile remaja2 dgn xde otaknya kata alasan kawin lari sbb laki tu abes cinta mati lagi sejati, aku langsung tak boleh terima. Ko suruhlah pusing ikut mana pon, masuk ikut idung ke, telinge ke, mata ke, mulut ke, sume x boleh nak masuk dalam otak aku. bagi aku lah tu alasan paling tak logik.

ok cube kite pikirkan. (ting--bygkan ade gambar mentol menyala kat tepi kepala)

Dalam dunia nie xde "cinta sejati" melainkan cinta Allah je. (ok bunyik mcm blog dakwah la pulak) Cinta Allah nie dtgnya dari redha mak bapak kite. Kalau lah kahwin pon dah lari, ceruk mane la pulak nak dtg redha tu kan? jadi cube cter sket tang mana cinta Allah yang sejati tu nak ade?
Budak2 nie fikir cinta laki tu boleh buat kenyang ke? boleh tanding cinta mak bapak ke? mane boleh. Tak de mak bapak x syg anak dlm dunia nie. Ok amek contoh abah aku.

Dulu, waktu mule2 masuk INTEC, ak mane nak ade laptop. Then, ktorg pon kene la anta assignment. Standard la assignment kene la taip kan. Aku cter la

"minggu ni kakak kene balik lah abah sbb nak taip assignment kat umah. kat kolej ssh la xde computer."
(bukan xde komputer pon kat shah alam tu, tapi paham2 la CC kan, masuk CC je terus bukak CS mane nak siap assignment)

Yang aku tekejutnye, balik2 umah minggu tu, ade laptop atas meja. HA! laptop TOSHIBA nie lah yang aku tengah keletak keletuk taip blog skrg nie. Aku punyelah terharu. Sbb nak aku blaja and sng buat keje, abah aku beli laptop 1. Tau2 je la, laptop bukan seringgit 2 ringgit, tapi abah usaha gak untuk aku.

Point aku kat sini: nie barulah kasih syg sebenar. korg egt laki korg boleh buat ke mcm bapak korg? tarik muncung 12, 13, 14 pun belum tentu lagi dapat laptop tau! Tambah2 lagi kalau kawin pon dah bawak lari, harapan lah nak mintak laptop kan? tah2 kalo kawin lari kat indon tu, hari2 makan ubi kayu je nnt.

Jadi rakyat Malaysia kat luar sana, fikirlah sblm kite buat seswatu. Jgn terburu-buru. Keluarga tu keutamaan kite. =)

Friday, August 6, 2010

Permulaan.

Di kala waktu senggang kini, aku banyak menghabiskan masa dengan main mafia wars, mafia wars dan mafia wars. Lantas terdetik rasa buhsan di dalam diri. Aku perlu melakukan sesuatu demi menghabiskan masa cuti sekolah ini.
Tatkala aku sedang sibuk meng-search2 di dalam internet, aku mula menyedari bahawasanya rata-rata rakan-rakanku telah lama mempunyai blog. Aku mula berfikir, hurm, menarik jugak jadi seorang blogger ini. Lalu, dgn ter-createnya blog ini, aku telah mempunyai pekerjaan yang baru :
1. supir
2. bibik
3. blogger
Semuanya tak bergaji. ;)

Mungkin ramai yang bertanya soalan2 yang aku rasa logik di tanya seperti:
1. tebiat ape tetibe buat blog?
ans: tak de lah aku nak mati dah. cume aku rasa mungkin blog ini mampu menghilangkan rasa buhsan aku. Selain itu, mungkin ia juga mampu menjadi ruang pabila aku tiada tempat untuk mengarut. Aku juga berharap agar blog ini mungkin menjadi inspirasi kepada kaum remaja. (WTF-- macam nak pancing undi lak)
2. kenape abes skema dlm BM?
yg sbnrnya, aku dah ada pon blog dlm english tapi bagi ak blog itu adalah side diri aku yang lain. Yang lebih matang dan lebih kepada keluarga. Bukan apa, kalau aku duk merepek dan sedare2 aku bace naik segan la pulak, Seharusnya aku buat blog yang lain yang lebih santai. Selain itu, semenjak masuk uni ni, aku dah jarang menaip dlm BM. Aku berkira-kira untuk menulis blog BM supaya mengekalkan vocab dan tatabahasa BM dalam diri. Tapi setelah berpikir berkali-kali rasa nerd habis la pulak, atau mgkin org bajet web kerajaan blog aku ni kalau sumenya BM baku, lantas aku memutuskan utk menggunakan bahasa Malaysia sejati- Malaynglish.
3. mungkin ade jugak soklan versi exam: ape yang kau harap dari blog ini?
lantas aku akan menjawab, aku pon tak fikir lagi.

Sekian rakan2. Enjoy your day with my blog. (selagi mana aku cuti dan rajen meng-update)